Pas berkenan Hamzah jadi Ketua Pembangkang, tetapi Bersatu tidak selesa – Tuan Ibrahim

PAS sejak awal lagi berhasrat mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang namun cadangan itu kurang dipersetujui oleh pucuk pimpinan Bersatu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berikutan itu, gabungan tersebut terpaksa membuat keputusan melantik individu lain iaitu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau berkata, hasrat Pas untuk mengekalkan Hamzah berikutan prestasi dan keberkesanannya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang.

“Sebenarnya, dari awal lagi kita memang nak mengekalkan Datuk Seri Hamzah kerana prestasi beliau, malah ramai Ahli Parlimen pembangkang yang bersama (menyokong) beliau.

“Tapi Bersatu tidak begitu selesa dengan Datuk Seri Hamzah yang telah dipecat. Oleh kerana beliau menubuhkan parti baharu yang tidak berkaitan dengan Bersatu dan memilih untuk bersama kita, maka kita mengekalkan beliau,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di Seremban malam tadi.

Sebelum ini, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas diumumkan sebagai Ketua Pembangkang selepas Hamzah dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Konvensyen RESET Pembangkang yang berlangsung di Kelantan semalam telah mengumumkan Hamzah kembali dlantik semula sebagai Ketua Pembangkang selepas mendapat persetujuan ramai.

Pelantikan Hamzah tersebut telah mengundang kritikan kerana Ahmad Samsuri dilihat seolah-olah ‘dipecat’ sebelum memulakan tugas.

Berkenaan kemasukan ramai tokoh-tokoh pelbagai bidang ke dalam Pas, Timbalan Pengerusi PN itu berkata, ia merupakan satu perkembangan yang positif sekali gus menggambarkan penerimaan masyarakat terhadap perjuangan parti terbabit.

“insya-Allah, ini akan membina satu momentum dalam gabungan kerjasama politik dengan rakan-rakan kita yang lain dan kita harap ia akan menjadi semangat kepada orang lain untuk bersama-sama dalam perjuangan Pas.

“Selepas ini ada beberapa orang lagi yang akan diumumkan secara berperingkat menyertai Pas,” katanya.

Beliau turut memberitahu, Pas tiada masalah dan terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertai parti berkenaan, termasuklah mengalu-alukan mana-mana parti untuk bersama mereka termasuklah parti baharu.

Dalam pada itu ditanya berkenaan jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan yang masih kosong hingga kini, Tuan Ibrahim berkata, perkara terbabit akan dibincangkan dalam mesyuarat PN akan datang.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img