Trump dakwa penjanjian damai AS-Iran bakal dimeterai Ahad

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa perjanjian antara Washington dan Tehran dijadual ditandatangani pada Ahad, sekali gus membuka semula laluan strategik Selat Hormuz kepada semua pihak sejurus selepas perjanjian itu dimeterai, lapor TRT World.

Menerusi hantaran di media sosial, Trump berkata, perjanjian berkenaan akan membawa kepada pembukaan segera Selat Hormuz, yang menjadi laluan utama perdagangan minyak dan gas dunia.

“Perjanjian itu dijadual ditandatangani esok, dan sebaik sahaja ia ditandatangani, Selat Hormuz akan dibuka kepada semua,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Trump itu dilihat bercanggah dengan pendirian Kementerian Luar Iran yang sebelum ini memberi isyarat bahawa sebarang perjanjian tidak akan ditandatangani pada Ahad.

Perbezaan kenyataan antara kedua-dua pihak mencetuskan persoalan mengenai status sebenar rundingan yang sedang berlangsung serta tahap persetujuan yang telah dicapai antara Washington dan Tehran.

Dalam hantaran sama, Trump turut menyatakan bahawa AS akan mengambil alih `uranium diperkaya’ milik Iran selepas keadaan kembali tenang.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan maksud kenyataan tersebut atau menjelaskan mekanisme yang akan digunakan bagi mengendalikan bahan nuklear berkenaan.

Setakat ini, pihak Iran belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi terhadap kenyataan terbaharu Trump itu.

Perkembangan berkenaan berlaku ketika komuniti antarabangsa terus memantau rundingan antara AS dan Iran yang berpotensi memberi kesan besar terhadap keselamatan serantau, pasaran tenaga global serta masa depan program nuklear Tehran.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img