Di mana Damiea Qalisya?

POLIS sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak hadir ke sekolah sejak semalam dan kali terakhir dilihat di kawasan Pandan Indah, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, laporan kehilangan dibuat oleh ibu mangsa selepas dimaklumkan guru kelas bahawa anak perempuannya tidak hadir ke sekolah.

Menurutnya, pengadu memaklumkan menerima maklumat berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi ketika berada di rumah.

“Siasatan awal mendapati pengadu tidak mengetahui punca remaja terbabit keluar dari rumah dan memaklumkan tiada sebarang perselisihan faham berlaku sebelum kejadian.

“Remaja yang dilaporkan hilang dikenali sebagai Damiea Qalisya Syafri, berusia 15 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lokasi terakhir remaja itu dikesan adalah di Blok AM, Jalan Pandan Indah 3/3, Ampang.

Katanya, remaja terbabit mempunyai ciri fizikal berketinggian kira-kira 152 sentimeter, berat 52 kilogram, berbadan kurus dan berkulit sawo matang.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja berkenaan supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-4289 7222.

Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Nur Faizah Mohd Anuar di talian 017-3422804.

Khairul Anuar turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta segera menghubungi pihak polis atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku sebarang kecemasan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img