Kanak-kanak 4 tahun maut selepas rebah di taman tema air

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas dipercayai rebah ketika berjalan sebaik keluar dari kawasan kolam di sebuah taman tema air di Gamuda Gardens, Sungai Buloh, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 Jun lalu membabitkan kematian kanak-kanak berkenaan di Splash Mania Waterpark.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berjalan keluar dari kawasan kolam sebelum secara tiba-tiba rebah dan berada dalam keadaan lemah serta tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini siasatan tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Insp. Muhamad Zul Irfan Omar atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga siasatan selesai dijalankan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img