Lemas Sungai Ganggarak : Mayat Putra Faris ditemukan terapung

KEHILANGAN seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang ketika berada berhampiran Sungai Ganggarak Permai petang semalam berakhir dengan tragedi apabila mangsa ditemukan lemas petang ini.

Mayat Putra Faris Suhaimi ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat pada jam 3.30 petang kira-kira 50 meter dari lokasi selipar yang dipercayai miliknya ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.36 petang semalam sebelum operasi SAR digerakkan.

Menurutnya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan pencarian.

“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba Komuniti Atas Air Tanjung Aru, Jabatan Hidupan Liar serta penduduk setempat.

“Pencarian dijalankan menggunakan bot kecil dan bot besar bagi menyusuri kawasan sungai untuk mengesan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Hidupan Liar turut membantu menilai keadaan persekitaran sungai termasuk kemungkinan kehadiran buaya serta faktor risiko lain yang boleh menjejaskan keselamatan operasi.

Katanya, selepas hampir sehari pencarian dijalankan, mangsa akhirnya ditemukan terapung tidak jauh dari lokasi dipercayai tempat dia hilang.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat.

Operasi SAR ditamatkan sejurus mangsa berjaya ditemukan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img