Pegawai media Ahmad Zahid terselamat terbabit kemalangan

KERETA dinaiki pegawai media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, Pahang tengah malam tadi.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

KEADAAN kenderaan dinaiki pegawai media Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terlibat kemalangan di Maran, Pahang malam tadi. GAMBAR: Facebook Zahid Hamidi

“Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mendoakan agar semua urusan kita dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

“Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

“Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat Allah SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya,” katanya dalam hantaran itu.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menasihatkan kepada petugas supaya menjaga diri sebaiknya.

“Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasalah mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun.

“Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT, walau di mana pun kita berada,” katanya lagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img