Ahmad Zahid minta semua pihak hormati keputusan parti walaupun itu pandangan peribadi

KEBERADAAN 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan adalah keputusan parti dan ianya perlu dihormati.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bagaimanapun melihat soal ketidakpercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun adalah pendapat peribadi.

“Soal ketidakpercayaan itu adalah pendapat mereka, tetapi kita yakin bahawa keberadaan ADUN BN di dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan itu adalah keputusan parti.

“Justeru ia perlu dihormati,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyerahan Resolusi Kongres Pendidikan Bumiputera di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid semalam dilaporkan berkata, semua 14 ADUN BN di Negeri Sembilan bersetuju untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan bagi memastikan kestabilan terus terpelihara.

Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dalam pertemuannya bersama semua wakil rakyat terbabit.

Pada Isnin lalu, 14 ADUN BN Negeri Sembilan sebulat suara menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri itu.

Susulan itu, Aminuddin dilaporkan berkata, beliau akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri biarpun 14 ADUN BN menarik sokongan kepadanya sebagai kerajaan minoriti.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img