Penyelesaian kes rasuah melalui kompaun adalah prerogatif SPRM – Ketua Hakim Negara

PENYELESAIAN kes rasuah menerusi pembayaran kompaun yang dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah prerogatif agensi itu sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang.

Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, perkara itu berada di luar bidang kuasanya dan tidak wajar diulas.

“Di bawah undang-undang, SPRM boleh berbuat demikian. Jadi tidak wajar mengulas mengenai prerogatif SPRM.

“Mereka mempunyai statut mereka sendiri dan sedang melaksanakan hak yang diperuntukkan dalam statut itu. Jadi saya tidak boleh mengulas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Syarahan Sulung Tun Zaki Azmi: `Leading with Courage, Stewarding Justice’ di Asian International Arbitration Centre (AIAC) di ibu negara hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyuarakan kebimbangan, penyelesaian kes rasuah menerusi pembayaran kompaun yang diamalkan SPRM boleh mencetuskan persepsi bahawa kesalahan berkaitan integriti dan salah guna kuasa boleh diselesaikan tanpa melalui pengadilan di mahkamah.

Ia susulan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Unit Komunikasi Korporat sebuah kementerian daripada pertuduhan memperoleh suapan bernilai RM5,268 selepas tertuduh membayar kompaun ditawarkan SPRM.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img