Op PEWA : Tiga Rohingya ditahan, guna kenderaan tanpa lesen dan insurans

TINDAKAN tiga lelaki etnik Rohingya memandu dan menunggang kenderaan tanpa lesen memandu sah membawa padah apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Op PEWA) di Alor Setar dan Bandar Baharu, semalam.

Dalam operasi itu, ketiga-tiga lelaki terbabit dikesan melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang termasuk menggunakan kenderaan tanpa perlindungan insurans serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, mereka ditahan di tiga lokasi berasingan ketika memandu kereta dan menunggang motosikal dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua pemandu gagal mengemukakan lesen memandu yang sah selain kenderaan digunakan tidak mematuhi syarat ditetapkan.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang memandu sebuah Perodua Alza memberi alasan kenderaan itu disewa daripada seorang warga Pakistan.

“Seorang lagi yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) turut didapati menunggang motosikal secara tidak berhemah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan pelbagai kesalahan yang dikesan, pihak JPJ telah menyita ketiga-tiga kenderaan berkenaan untuk tindakan lanjut selain mengeluarkan notis saman terhadap individu terbabit.

Katanya, operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta menjamin keselamatan pengguna lain.

“Tiada kompromi terhadap pemandu tanpa lesen dan kenderaan yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas supaya menyalurkan aduan melalui aplikasi MyJPJ atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img