Dua sepupu hilang ditempatkan di hospital, terima rawatan psikologi

DUA sepupu yang dilaporkan hilang sebelum ditemui selamat di Machang petang kelmarin kini ditempatkan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan oleh pasukan pakar perubatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Mohd Azman Yacob berkata, kedua-dua remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun itu menerima rawatan sewajarnya menerusi pengendalian kes di bawah Pusat Krisis Bersepadu (OSCC).

Menurut beliau, selain pemeriksaan kesihatan, kedua-dua remaja terbabit turut diberikan rawatan serta sokongan psikologi bagi membantu memulihkan semangat mereka selepas melalui kejadian tersebut.

“Pasukan pakar perubatan HSIP memberikan rawatan sewajarnya kepada mereka termasuk dari segi psikologi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Nor Syahzanani Mohd Sulaiman, 15, dan Nur Kaseh Nalisya Mohd Ramzul Nazrie, 16, yang dilaporkan hilang sejak malam Khamis ditemui selamat di Machang petang Jumaat.

Dua sepupu itu ditemui di sebuah inap desa kira-kira 25 kilometer dari kediaman mereka di Kampung Baloh dekat Kok Lanas selepas keluarga membuat dua laporan polis berasingan.

Susulan penemuan mereka, polis menahan lima lelaki di Machang bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kedua-dua remaja berkenaan.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor dilaporkan berkata, dua daripada suspek direman selama lima hari manakala tiga lagi yang merupakan rakan kepada suspek utama direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img