Maszlee Malek tanding di DUN Puteri Wangsa, dianggap ‘kerusi selamat’ PH

BEKAS Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.

Pemilihan Maszlee yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam diumumkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis pengumuman calon pakatan  itu bagi PRN Johor di Bukit Gambir Tangkak malam ini.

Ini merupakan kali kedua beliau bertanding dalam PRN selepas tewas di DUN Layang-layang pada PRN 2022 dengan majoriti 2,815 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Abd Mutalip Abdul Rahim.

Sebelum itu beliau pernah memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada PRU-14 tetapi tewas kepada bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad pada PRU-15 .

Bagaimanapun tindakan PH meletakkan Dr.Maszlee di Puteri Wangsa dijangka membuka peluang kepada beliau untuk mencapai kemenangan kerana DUN tersebut dianggap ‘kerusi selamat’ untuk PH.

Pada PRN 2022, calon MUDA Amira Aisyah Abdul Aziz memenangi kerusi dengan itu dengan majoriti 7,114 undi  selepas memperolehi 22,884 undi untuk menewaskan lima calon lain termasuk calon BN Ng Yew Aik yang mendapat 15,770 undi.

PH akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dan antara calon PH yang lain termasuklah bekas Speaker DUN Suhaizan Kayat  yang akan bertanding DUN Larkin.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img