“Semoga Jarir jadi anak soleh’” – Amira Othman, Fattah Amin selamat timang bayi lelaki

PELAKON dan penyanyi, Amira Othman kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 6.20 petang semalam.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Fattah Amin menerusi satu hantaran di Instagram pagi ini yang turut memperkenalkan nama putera sulung mereka, Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.

Menerusi perkongsian tersebut, Fattah meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi mereka dan memaklumkan keadaan ibu serta anak berada dalam keadaan baik.

“Ahlan Wasahlan (Selamat Datang) Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya, Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan bayi kami jam 6.20 petang semalam,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelakon itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus menitipkan doa sepanjang tempoh menantikan kelahiran anak sulung mereka.

“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy dan Daddy,” katanya.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraan pasangan itu dan cahaya mata mereka.

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img