POLIS sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan Taman Cempaka, Ampang Jaya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit daripada ibunya pada jam 3.19 petang semalam.
Menurutnya, remaja berkenaan dikenali sebagai Mira Insyirah Asraf yang berusia 14 tahun 11 bulan.
“Lokasi terakhir mangsa dikenal pasti di sekitar Taman Cempaka, Ampang dan dia dianggarkan berketinggian 155 sentimeter dan berat badan kira-kira 45 kilogram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Afizah Zainal di talian 0172185192 atau Pusat Kawalan Daerah Ampang, 0342897222.






