PRN Johor : Polis siasat vandalisme bendera, papan gambar calon PH di Mengkibol

POLIS membuka kertas siasatan berhubung kejadian merosakkan bahan kempen calon Pakatan Harapan (PH) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol selepas menerima laporan daripada wakil calon, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh seorang wakil calon parti berusia 43 tahun pada jam 10.30 pagi.

Menurutnya, pengadu menerima panggilan daripada ketua pasukan kempen yang memaklumkan beberapa bendera dan papan gambar calon dicabut sebelum dibuang ke dalam longkang oleh individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Chong Hwa dan Jalan Aman, Taman Aman, di Kluang.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati sebanyak 10 bendera parti dan tiga papan gambar calon mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, susulan kejadian itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Menurutnya, usaha mengesan individu yang terbabit sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img