Ejen hartanah ditahan disyaki cedera, ugut bekas teman wanita di MRT

SEORANG ejen hartanah ditahan polis selepas disyaki mencederakan dan membuat ugutan jenayah terhadap bekas teman wanitanya dalam kejadian di ruang menunggu bas Stesen MRT Maluri, Cheras pada 21 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek lelaki tempatan berusia pertengahan 20-an itu ditahan hasil tindakan susulan laporan yang diterima.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan suspek di perkarangan IPD Cheras pada jam 6.54 petang, 22 Jun lalu.

“Suspek telah direman selama sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img