Destinasi terakhir Festival Cita Rasa Warisan@ IPT di UiTM Pulau Pinang esok

ORANG ramai dijemput untuk memeriahkan Festival Cita Rasa Warisan @IPT anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MyMOTAC) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) pada di UiTM Cawangan Pulau Pinang selama tiga hari mulai esok.

Institusi pengajian tinggi tersebut adalah destinasi terakhir bagi tahun 2025 untuk festival yang bertujuan mempromosikan makanan dan budaya warisan Malaysia itu

Festival tersebut menampilkan pelbagai aktiviti seperti jualan dan demonstrasi makanan warisan, persembahan kebudayaan, sesi perkongsian ilmu, pertandingan, dan pameran interaktif.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung bermula pada pukul 9 pagi hingga 10 malam. Antara acara tersebut ialah persembahan kebudayaan & artis,  jualan & demonstrasi makanan warisan, Fun Run 5km yang akan diadakan pada hari Rabu,  sesi perkongsian ilmu, pertandingan warisan, masak bersama selebriti dan pameran dan program interaktif.

Pertandingan Memasak Warisan Malaysian Association Of  Hotels (MAH) -bertemakan ‘Bubur & Kuih, Sajian Nostalgia Rasa’ pada 7 Oktober pukul 3 petang di perkarangan Dewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh dijangka menarik perhatian.

Ia menawarkan hadir RM1,500 untuk juara, Naib Juara RM1,00, Ketiga RM700 dan saguhati untuk tiga peserta RM200 seorang.

Pertandingan lain yang diadakan ialah Pertandingan POV Gambar Promosi Festival Cita Rasa Warisan @IPT, Pertandingan Deko Sajian Makanan Warisan dan Pertandingan Masakan Gulai Kawah.

Acara lain ialah majlis menimba ilmu iaitu Persidangan Kebangsaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara 2025 ‘Memartabatkan Makanan Warisan’ dan Bengkel Penulisan Manuskrip Penyelidikan Makanan Warisan.

Selain itu turut diadakan ialah Persembahan Roti Canai Terbang dan The Tarik, Demonstrasi & Edaran Cita Rasa Warisan dan Sukan Rakyat.

Oleh itu orang ramai dijemput untuk memeriah festival tersebut yang sebelum ini diadakan Taman Titiwangsa Kuala Lumpur dan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu .



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img