Taktik berselindung di tapak binaan terbongkar, 8 ditahan

TAKTIK sekumpulan warga asing dipercayai berselindung dan bekerja di beberapa lokasi sekitar Simpang Empat dan Arau terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perlis melancarkan Ops Mahir dan Ops Sapu yang membawa kepada penahanan lapan lelaki warga Myanmar.

JIM Perlis dalam kenyataan memaklumkan, operasi penguatkuasaan itu dijalankan di beberapa lokasi termasuk sebuah premis kitar semula, rumah kongsi pekerja dan tapak pembinaan sebagai sebahagian usaha membanteras pelanggaran undang-undang imigresen di negeri berkenaan.

Menurut kenyataan itu, seramai 14 individu terdiri daripada warganegara Malaysia dan warga Myanmar telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai lapan lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk memasuki dan berada di negara ini tanpa pas atau permit yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c), selain kesalahan memberi perlindungan kepada individu yang melanggar peruntukan akta di bawah Seksyen 56(1)(d).

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut sebelum ditempatkan di Depot Imigresen mengikut prosedur ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

JIM Perlis menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat secara berterusan di seluruh negeri bagi mengesan serta membanteras pelanggaran undang-undang imigresen.

Menurutnya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi atau membantu pendatang asing tanpa izin (PATI).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img