Ahli Bersatu di DUN Sri Medan sokong calon PH

PARTI Bersatu menerima tamparan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila sekumpulan ahli parti itu  secara terbuka mengumumkan mereka akan menyokong calon Pakatan Harapan bagi DUN Sri Medan pada PRN 11 Julai ini.

Salah seorang daripada mereka, Rosli Moin Ahmad yang juga bekas Ketua cawangan Bandar Sri Medan, berkata beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira pendirian beberapa bekas ketua kampung, selain tertarik dengan kestabilan kerajaan semasa.

Beliau menegaskan langkah ini bukan kerana kecewa dengan Perikatan Nasional (PN). “Lagipun di sini calon PN dari Pas, bukan Bersatu. Saya sokong PH bukan sebab kecewa dengan pimpinan PN. Bila anak-anak buah tanya nak ikut siapa, saya kata kita ikut parti pemerintah. Saya masih ahli Bersatu dan tidak keluar parti. Saya cuma akan mengundi serta menyokong calon PH,’’ kata lapor FMT.

Sebelum video mereka menyatakan sokongan kepada calon PH Hishamuddin @ Misrin Ishak tular di media sosial.

Kerusi DUN Medan yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Hishamuddin, penyandang kerusi dari BN Datuk Zulkurnain Kamisan dan calon PN dari Pas, Ahmad Rosdi Bahari.

Pada PRN lalu, Zulkurnain menangi kerusi itu dengan majoriti 6,724 undi. Dalam PRU-14 beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 6,040 undi.

Rosli berkata keputusannya demi kepentingan penduduk, menepis sebarang anggapan beliau dipaksa menyokong calon PH atau menerima bayaran.

“Saya tidak dipaksa atau dibayar oleh mana-mana pihak. Saya berjuang demi anak-anak buah saya. Terpulang kepada parti jika mahu mengambil sebarang tindakan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img