NGO pengurusan jenazah Melaka didakwa minta bayaran infak urus pengebumian

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam khidmat pengurusan jenazah di negeri ini menjadi perhatian selepas tular satu pendedahan dimuat naik aktivis sosial dan pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai menerusi Facebook.

Wan Chai, individu yang aktif membantu pengurusan jenazah serta sering membangkitkan isu berkaitan perkhidmatan pengurusan jenazah di media sosial itu mendakwa NGO berkenaan meminta bayaran daripada waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun walaupun perkhidmatan itu pada awalnya dimaklumkan sebagai percuma.

Menerusi hantaran itu, beliau mendakwa wakil NGO terbabit memaklumkan kepada waris di hospital bahawa semua urusan pengurusan jenazah dilakukan secara percuma.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kira-kira seminggu selepas pengebumian, bapa kanak-kanak terbabit menerima mesej yang meminta bayaran.

Menurutnya, apabila perkara itu dipersoalkan, bayaran berkenaan dijelaskan sebagai sumbangan atau infak, namun jumlah yang diminta didakwa sudah ditetapkan.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan itu sebagai mengambil kesempatan terhadap keluarga yang sedang berdepan kehilangan anak.

Dalam hantaran sama, beliau turut mendakwa akan membuat pendedahan lanjut berhubung NGO berkenaan menerusi media sosial.

Sementara itu, seorang wakil NGO berkenaan ketika dihubungi BH enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbabit.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img