PM utus surat kepada Xi Jinping, ucap tahniah sempena ulang tahun parti pemerintah China

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada Kerajaan China sempena ulang tahun ke-105 parti pemerintah negara berkenaan.

Perdana Menteri menerusi hantaran dalam Facebook berkata, beliau telah mengutus surat kepada Presiden China, Xi Jinping bagi menyampaikan ucapan tahniah daripada kerajaan dan rakyat Malaysia itu.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan panjang parti pemerintah China yang telah membentuk kemajuan negara itu berteraskan kekuatan tamadun, sejarah dan nilai-nilai yang diwarisi sejak sekian lama.

“Saya juga mengimbau keputusan bersejarah Malaysia pada 31 Mei 1974 sebagai negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf Republik Rakyat China.

“Keputusan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan pandangan jauh itu terus menjadi asas kukuh kepada hubungan erat yang telah diperkukuh selama lebih lima dekad,” kata Anwar dalam hantaran itu hari ini.

Beliau juga mengulangi komitmen Malaysia untuk terus memperdalam kerjasama strategik dengan China berlandaskan rasa hormat, kepercayaan dan manfaat yang dikongsi demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img