Pemandu Viva maut, tersepit selepas dua kenderaan terbabas

SEORANG lelaki berusia 21 tahun maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya bertembung dengan sebuah Perodua Alza sebelum kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Alamesra, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu, manakala pemandu Perodua Alza berusia 57 tahun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan 10 anggota bersama sebuah Jentera Bomba Ringan (LFRT) dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kedua-dua kenderaan terbabit bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan pemandu Perodua Viva yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khas.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak memerlukan bantuan menyelamat.

Beliau berkata, operasi ditamatkan selepas pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan berada dalam keadaan selamat sebelum diserahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img