Papan kempen dikoyak, Mohamad Shafwan buat laporan polis

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai membuat laporan polis selepas papan kempen dirinya dikoyak pihak tidak bertanggungjawab semalam.

Mohamad Shafwan Ani berkata, kejadian itu berlaku di persimpangan masuk Felda Taib Andak-Felda Inas.

Menurut Mohamad Shafwan, papan kempennya pula menjadi mangsa khianat dan dikoyakkan tepat pada bahagian muka.

“Bagi memastikan keadilan dan kelancaran proses demokrasi ini, saya telah membuat laporan rasmi kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dan laporan polis rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada jam 11:34 malam semalam untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Taktik jijik dan perbuatan khianat sebegini amat mendukacitakan. Dalam landskap politik Malaysia yang sepatutnya semakin matang, kita wajar berlawan dari sudut idea, polisi, dan tawaran untuk rakyat, bukan dengan merosakkan bahan kempen lawan.

“Saya menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak berkuasa dan berharap tindakan tegas akan diambil agar insiden serupa tidak berulang, sama ada kepada saya mahupun calon-calon yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Shafwan, provokasi seperti itu tidak melemahkannya dan pasukan.

“Kami akan terus berkempen secara berhemah, mematuhi undang-undang, dan memfokuskan sepenuhnya kepada mesej dan masa depan warga Bukit Permai mahupun Kulai.

“Biar rakyat yang menilai sendiri berdasarkan kerja nyata dan keikhlasan saya, bukan pada taktik jijik menjatuhkan orang lain kerana takut,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img