PRN Johor: Wanita BN harap lebih ramai calon wanita diketengahkan

WANITA Barisan Nasional (BN) Johor berhasrat meningkatkan penyertaan calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memperkukuhkan penglibatan golongan itu dalam arena politik negeri.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pihaknya sememangnya mahu lebih ramai calon wanita diketengahkan pada masa depan.

Menurut beliau, Johor ketika ini merupakan antara negeri yang mencatatkan peratusan tertinggi wakil rakyat wanita daripada BN.

“Sudah semestinya kami wanita Barisan Nasional mahukan supaya calon-calon wanita dapat diketengahkan.

“Sekarang ini Johor adalah antara negeri yang mempunyai calon wanita BN paling tinggi sekitar 26 peratus wakil rakyat wanita yang menang pada pilihan raya lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Lawatan Media ke Terminal Pengedaran Biodiesel di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau, perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha memperluas penyertaan wanita sebagai calon.

Mengulas lanjut, sasaran Wanita BN adalah untuk sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian semasa, selain berusaha meningkatkan jumlah calon dan wakil rakyat wanita di negeri berkenaan.

“Paling tidak, kita mahu mengekalkan dan jika boleh meningkatkan lagi pencapaian yang ketika ini berada pada sekitar 26 peratus,” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa Isnin lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img