SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, individu yang dikesan itu ialah Choo Lee Peng, 58, beralamat terakhir di Nombor 21, Selasar Rokam 32, Taman Ipoh Jaya, 31350 Ipoh, Perak.
“Beliau dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Choo Lee Peng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Ramadan Alias di talian 014-501 2885 atau e-mel Ramadan.alias@sprm.gov.my,” kata kenyataan SPRM yang dikeluarkan hari ini.






