Jalan Raja ditutup sementara selama dua minggu mulai 13 Julai

JALAN Raja akan ditutup sementara selama dua minggu bermula 13 hingga 27 Julai ini bagi memberi laluan kepada persiapan dan penganjuran Program Uniti Merdeka Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Citrawarna.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu turut melibatkan kerja-kerja persediaan sebelum acara berlangsung serta kerja pembukaan semula kawasan selepas program selesai.

Menurut DBKL, langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kedua-dua program yang dijadual berlangsung di kawasan berkenaan.

“Jalan Raja akan ditutup sementara bermula 13 Julai hingga 27 Julai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan, pelaksanaan program serta kerja-kerja pembukaan semula kawasan.

“Penutupan itu membabitkan Program Uniti Merdeka Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Citrawarna,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan.

Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi semua papan tanda lalu lintas yang disediakan selain menggunakan laluan alternatif bagi melancarkan perjalanan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img