MoF nafi sekatan menyeluruh peruntukan KKM, KPM bagi 2026

KERAJAAN tidak melaksanakan sekatan menyeluruh terhadap peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2026.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa bagi KKM, fokus kerajaan kekal kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam, penyelenggaraan fasiliti kesihatan, perolehan ubat-ubatan dan peralatan perubatan serta pengukuhan kapasiti sistem kesihatan negara.

“Sebarang pelarasan perbelanjaan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan teras kepada rakyat,” menurut MoF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang bertanya mengenai peruntukan KKM dan KPM untuk tahun ini, dan jika ianya telah dipotong diperuntukan.

Selain itu, bagi KPM pula, keutamaan kerajaan terus diberikan kepada operasi sekolah, kebajikan murid dan guru, penyelenggaraan institusi pendidikan serta pelaksanaan program pendidikan yang berimpak tinggi.

“Langkah mengoptimumkan perbelanjaan yang dilaksanakan tertumpu kepada perbelanjaan yang boleh dijimatkan tanpa menjejaskan kualiti dan akses pendidikan,” menurut MoF.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img