Buaya gergasi sepanjang 5.33 meter tewas di Sungai Tatau

OPERASI memburu buaya di Sungai Tatau, Bintulu yang memasuki hari kedua hari ini mencatatkan satu lagi kejayaan selepas seekor buaya gergasi sepanjang 5.33 meter berjaya ditewaskan.

Tangkapan terbaharu itu sekali gus mengatasi saiz buaya pertama sepanjang 5.03 meter yang ditangkap di sungai sama, semalam.

Pemburu buaya berlesen, Juni Kung berkata, tangkapan kedua itu yang terbesar setakat ini sepanjang operasi memburu dijalankan di Sungai Tatau.

Menurutnya, reptilia ganas itu dikesan berada di tebing sungai sebaik sahaja memakan umpan pancing pada jam 12 tengah hari.

“Sebaik sahaja menyedari buaya itu berada di tebing selepas memakan umpan, pasukan kami terus melepaskan tembakan sehingga berjaya menewaskannya,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Juni berkata, pasukannya turut mengesan dua lagi buaya yang terkena mata pancing, namun kedua-dua reptilia itu dipercayai berjaya melepaskan diri.

“Setakat ini kami belum menemukan kedua-dua reptilia itu. Kami mengandaikan saiznya yang besar menyebabkan ia berjaya lolos daripada mata pancing dan operasi mengesan masih dijalankan,” katanya.

Operasi dijalankan susulan kebimbangan penduduk terhadap kehadiran buaya di sungai itu yang dipercayai pernah menyerang penduduk di kawasan penempatan sepanjang sungai terbabit.

Menurutnya, ia akan diteruskan dalam beberapa hari lagi bagi mengesan saki baki buaya yang dipercayai pemangsa dan berisiko tinggi menyerang orang ramai.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img