SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Barisan Nasional (BN) menang di semua saluran undi tentera pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
“Semua saluran tentera kita menang besar,” katanya di Facebook dan turut memuat naik hantaran keputusan tidak rasmi BN sedang mendahului di 48 kerusi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundian awal pada 7 Julai lalu melibatkan 20,607 pengundi yang terdiri daripada 8,544 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 12,063 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Pasukan Gerakan (PGA) dengan pasangan masing-masing.
Pengundian awal melibatkan 62 pusat di seluruh Johor dan ketika ini proses pengiraan undi sedang berjalan.





