Pelajar lelaki IPTA ditahan ganggu, ekori pelajar wanita

SEORANG  pelajar lelaki sebuah universiti awam ditahan kerana disyaki mengganggu dan mengekori seorang pelajar wanita universiti yang sama sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, suspek ditahan di sekitar Seksyen 7 susulan laporan polis oleh mangsa pada jam 3.55 petang semalam.

Beliau berkata, mangsa berusia 22 tahun mendakwa diganggu dan sering diekori lelaki sama seperti yang dipaparkan dalam rakaman CCTV yang tular .

“Pelajar berkenaan melaporkan dia diganggu sejak dari April lalu sehingga kini ketika berada di kampus serta di kawasan rumah tempat dia tinggal. Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 8.30 malam, polis berjaya menangkap suspek di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam.

“Semakan mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah serta ujian saringan awal air kencing juga negatif sebarang penggunaan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengendap secara berulang kali, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Sabryna Taha di talian 014-5130450.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img