Peniaga di tahan dipercayai terlibat 10 kes amang seksual kanak-kanak

POLIS Melaka menahan seorang peniaga tempatan dipercayai terlibat 10 kes amang seksual kanak-kanak lelaki dari Mac hingga semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan orang awam di Balai Raya Taman Desa Duyong, di sini, kira-kira 6 petang semalam, sebelum diserahkan kepada polis.

Beliau berkata, 10 mangsa terbabit berusia lapan hingga 13 tahun dan kejadian didakwa berlaku di taman permainan, surau, pasar raya, kedai makan serta rumah suspek.

“Suspek didakwa mendekati mangsa di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau dan bertindak memeluk, mencium pipi atau dahi serta memegang bahagian sulit mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img