Ejen penarik kereta ditahan, 6,000 biji yaba dirampas

POLIS  menahan seorang ejen penarik kereta dan merampas 6,000 biji pil yaba bernilai kira-kira RM60,000 dalam serbuan di Jalan Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada 3.30 petang ketika berada di dalam kereta Perodua Axia.

“Pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan satu bungkusan mengandungi 30 paket plastik pil yaba dengan anggaran berat 610 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairi berkata saringan air kencing suspek didapati negatif dadah.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Khairi menyeru orang ramai supaya terus bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah kepada polis.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img