SPRM reman penjawat awam guna identiti orang lain mohon bantuan RM300,000

SEORANG bekas penjawat awam ditahan kerana disyaki menggunakan identiti orang lain bagi memohon bantuan kewangan bernilai kira-kira RM300,000.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada jam 6 petang semalam selepas selesai memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara tahun 2020 hingga 2025 ketika masih bekerja.

“Suspek disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu di tempatnya bekerja di bawah program bantuan kewangan berjumlah kira-kira RM300,000.

“Suspek juga dipercayai menggunakan maklumat 11 individu tanpa pengetahuan mereka untuk memohon bantuan dan memperoleh wang bantuan antara RM500 hingga RM1,000 setiap bulan,” kata sumber itu hari ini.

Menurutnya, duit bantuan berkenaan dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik suspek sejak tahun 2020.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama empat hari bermula hari ini hingga 17 Julai.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img