Petronas pacu kepakaran tenaga Malaysia di peringkat global

PENGLIBATAN Petronas dalam pembangunan aset tenaga di Turkmenistan dijangka membuka peluang pekerjaan, selain memperluas ruang pembangunan kepakaran profesional Malaysia dalam sektor minyak dan gas di peringkat global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk menyertai industri tenaga antarabangsa, khususnya dalam bidang berkaitan minyak dan gas.

“Malaysia sekarang mempunyai simpanan telaga gas di antara yang paling besar di dunia bila kita ada perjalanan projek bersama Petronas dan syarikat gas Turkmenistan.

“Hubungan ini menyebabkan manfaat kepada rakyat, terutama generasi muda dan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Midport Smart AI Port di Mukim Pasir Panjang, Port Dickson hari ini, lapor Buletin TV3.

Anwar berkata, Petronas dijangka memulakan aktiviti cari gali gas di Turkmenistan seawal Disember ini dan menyifatkannya sebagai tempoh yang lebih singkat berbanding kebiasaan pelaksanaan projek minyak dan gas.

Menurut beliau, kerajaan Turkmenistan turut memberikan komitmen penuh dalam mempercepatkan segala urusan berkaitan pelaksanaan projek berkenaan.

Katanya, perkembangan itu dijangka membuka peluang kepada ribuan tenaga profesional Malaysia untuk berkhidmat di Turkmenistan, sekali gus memperkukuh penguasaan kepakaran tempatan dalam industri tenaga.

“Sekarang ini ratusan anak-anak Malaysia profesional sudah mula kerja di Turkmenistan. Saya fikir kalau ini bergerak bulan Disember, ribuan yang boleh dapat pekerjaan profesional dan kepakaran di Turkmenistan. Insya-Allah,” jelasnya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img