Terjemahkan Ikrar Bebas Rasuah melalui tindakan bukan sekadar lafaz – Pengarah SPRM Perak

IKRAR Bebas Rasuah (IBR) bukan sekadar lafaz, sebaliknya merupakan amanah yang wajib dihayati dan diterjemahkan melalui tindakan serta amalan harian.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Azizul Ahmad Sarkawi menegaskan demikian  pada Majlis IBR di Dewan Kuarters Penjawat Awam Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Muallim hari ini.

Majlis yang diadakan bersempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 PDT Muallim turut dihadiri oleh Pegawai Daerah, Ahmad Munir Ishak.

Dalam ucapannya Azizul turut menekankan bahawa lafaz ikrar bukanlah ritual semata-mata, tetapi akujanji yang wajib disematkan dalam diri setiap penjawat awam.

“Lafaz yang diucapkan sekiranya tidak disusuli dengan tindakan serta perbuatan yang benar, ia merupakan penipuan bukan sahaja kepada jabatan dan masyarakat, malah kepada diri sendiri,” tegas beliau.

Azizul turut memuji komitmen PDT Muallim dalam memperkukuh budaya integriti, menolak rasuah dan salah guna kuasa, sekali gus memperkasakan tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti.

Sementara itu, Ahmad Munir menegaskan integriti adalah tunjang utama dalam menguruskan hal sensitif seperti urusan tanah dan kewangan daerah.

Beliau menyifatkan lafaz IBR bersama SPRM Negeri Perak sebagai sumpah setia murni yang wajib diterjemahkan dalam tugasan harian demi menjauhi sebarang penyelewengan.

Ahmad Munir turut menggariskan tiga anjakan utama bagi memastikan PDT Muallim terus relevan mendepani ekspektasi rakyat:Kecemerlangan Digital melalui sistem e-Tanah Perak yang telah melonjakkan kutipan hasil tanah tahun 2025 sebanyak 56.93% (RM39.5 juta).

Projek Pembangunan Berfokuskan Rakyat dengan peruntukan RM3.1 juta yang dimanfaatkan secara optimum berasaskan outcome sebenar kepada komuniti.

Budaya Turun Padang bagi merapatkan jurang dengan masyarakat dan mempercepatkan penyelesaian masalah di peringkat akar umbi.

Terdahulu, program dimulakan dengan ceramah bertajuk Integriti dan Kesalahan Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam yang disampaikan oleh Mohd Nor Ezrie Ahamad Nordin dari SPRM Perak.

Majlis turut meraikan enam penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 65 penerima Anugerah Perkhidmatan Terampil atas dedikasi serta mutu kerja cemerlang sepanjang tahun.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img