Dana Perkhidmatan Pos ditubuh, pastikan kelestarian dan kesinambungan perkhidmatan – Fahmi

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang memuktamadkan proses untuk menyalurkan dana sebanyak RM50 juta bagi penubuhan Dana Perkhidmatan Pos.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata selaras dengan komitmen Malaysia sebagai anggota Kesatuan Pos Sedunia (UPU), dana pendahuluan yang akan diselia Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) itu disediakan bagi memastikan kelestarian dan kesinambungan perkhidmatan di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar.

Beliau berkata Dana Perkhidmatan Pos adalah inisiatif strategik bagi menyokong transformasi sektor pos agar kekal relevan, mampan dan berdaya saing dalam era komunikasi dan e-dagang.

“Atas dasar Obligasi Perkhidmatan Sejagat, dana ini akan disalur dan dirangkum sekali dengan perkhidmatan kurier untuk memastikan tunjang perkhidmatan Pos Malaysia kekal kukuh dalam berdepan cabaran 50, 70 atau 100 tahun akan datang.

“Kita percaya inisiatif ini akan dapat membantu Pos Malaysia seiring komitmen dan usaha berterusan mereka dalam mentransformasi industri dan perkhidmatan penghantaran yang dijalankan,” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Redly Pos Malaysia International sempena Hari Pos Malaysia 2025 di Pusat Mel Nasional di Shah Alam hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img