Lori elak kenderaan keluar simpang, sembilan kereta terbabit kemalangan

TINDAKAN sebuah lori mengubah haluan bagi mengelak kenderaan yang dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang mengakibatkan kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Jalan Wakaf Beruas, Kuala Terengganu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Bachok, Kelantan menuju ke Ajil, Hulu Terengganu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kenderaan dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang di sebelah kiri laluan lori berkenaan.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 35 tahun terbabit cuba mengelak dengan mengubah haluan ke lorong kanan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain.

“Tindakan itu menyebabkan lori berkenaan melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di lorong kanan.

“Kemalangan itu mengakibatkan lapan kenderaan lain iaitu Toyota Vios, Perodua Bezza, Perodua Axia, Proton Wira, Perodua Aruz dan tiga Perodua Alza mengalami kerosakan,” katanya.

Azli berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, manakala jumlah kerugian akibat kerosakan kenderaan masih dalam siasatan.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori berkenaan juga didapati negatif dadah.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here