Kes bunuh Bandar Mahkota Cheras : Lima warga asing ditahan bantu siasatan

POLIS menahan lima lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras, dekat Kajang.

Mangsa dikenal pasti sebagai lelaki bukan warganegara berusia lingkungan 20-an yang bekerja di sekitar kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang membabitkan lima lelaki warga asing berusia antara 20-an hingga 30-an.

Menurut beliau, seorang suspek ditahan pada 20 Julai lalu dan telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

“Empat lagi suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pada 22 Julai bagi permohonan reman.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Ong Eng Yew di talian 012-696 6849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img