Remaja lelaki maut motosikal dirempuh kereta

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Mangkuk, Setiu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Zahril Asri Mohd Zain berkata kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dan motosikal Honda AFS110 itu berlaku kira-kira 8.50 malam, sebelum polis menerima laporan mengenainya pada 9.05 malam.

Katanya, mangsa Che Muhammad Alif Ikhwan Che Amat dari Kampung Bukit Maras, di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

“Sisatan awal mendapati Proton Wira yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dari Kampung Penarik menghala ke Kampung Mangkuk dipercayai hilang kawalan sebaik tiba lokasi kejadian.

“Kereta itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Kampung Mangkuk menghala ke Kampung Penarik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahril Asri berkata pemandu Proton Wira yang turut mengalami kecederaan dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Setiu bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala mayat remaja itu dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img