‘’Tidak perlulah datang ke Negeri Sembilan’’- kata Zahid kepada Sanusi

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang tidak selesa dengan kenyatan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyentuh soal kaum, meminta Pengarah Pilihan Raya Pas itu tidak perlu datang ke Negeri Sembilan.

Beliau mencadangkan Menteri Besar itu kembali ke Kedah  dan tidak perlu datang berkempen menjelang hari pengundian Sabtu depan.

“Dan kalau boleh, sehingga Sabtu nanti, kita masih ada enam hari lagi. Saya fikir lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada urusan mentadbir negeri Kedah.

“Tidak perlulah datang ke Negeri Sembilan. Biarlah kami menguruskan negeri ini dengan cara kami sendiri,” katanya pada sidang medianya selepas menghadiri program Salam Agrikomoditi Madani di Dataran Melang Kuala Pilah.

 

Kelmarin Sanusi dilaporkan berkata, “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.”

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Sanusi tidak perlu menyentuh soal etnik, agama, budaya atau latar belakang kaum lain di negara ini, jika berhasrat memperlihatkan penyatuan dalam kalangan umat.

“Saya yakin kemajmukan rakyat Malaysia dengan pelbagai latar belakang adalah satu sunnatullah yang telah ditentukan.”



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img