PN tak halang Sanusi terus datang berkempen – Samsuri

PENGARAH Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan terus dibenarkan berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketika memaklumkan perkara itu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, gabungan itu tidak menghalang mana-mana individu termasuk Sanusi berbuat demikian.

Bagaimanapun kata Samsuri, kehadiran Sanusi bagi membantu kempen bergantung kepada kelapangan Menteri Besar Kedah itu.

“Sama dengan saya, kami berdua adalah Menteri Besar, selain kempen politik masih lagi ada tugas di negeri.

“Tapi kita tiada halangan kepada sesiapa pun untuk datang berkempen dan saya percaya bergantung kepada Sanusi sama ada beliau dapat datang lagi atau tidak selepas ini,” katanya kepada media selepas melancarkan Manifesto PN Negeri Sembilan di Seremban malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyarankan supaya Muhammad Sanusi tidak lagi datang ke Negeri Sembilan untuk berkempen.

Berikutan dakwaan Sanusi  menyentuh soal perkauman dalam ucapan beliau di Jempol.

Bagaimanapun hari Sanusi menafikan tuduhan itu dan akan membuat laporan polis serta mengambil undang-undang terhadap pihak yang memutarbelitkan ucapan beliau.

Ditanya sama ada cara ucapan Sanusi itu boleh memberi kesan kepada sokongan pengundi bukan Melayu, Samsuri berkata, Sanusi telah pun memberikan penjelasan.

“Saya rasa kita kena jelas apa yang sebenarnya disebut dan beliau akan menyaman mana-mana pihak yang memesongkan fakta apa yang disebut beliau,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img