Lelaki serang, ugut anggota penguat kuasa MBI ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang dan mengugut seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa sedang menjalankan tugas mengeluarkan notis kompaun di Jalan Pengkalan Barat 35.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, lelaki tempatan berusia 42 tahun itu ditahan jam 12.40 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Dalam kejadian itu, suspek didakwa bertindak agresif dengan cuba melanggar mangsa menggunakan kenderaan sebelum mengikutinya, menarik bahagian leher baju mangsa dan membuat ugutan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan kemudian tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Muhammad Najib berkata, permohonan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan.

“Polis turut memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menghalang, menyerang atau mengugut penjawat awam ketika menjalankan tugas.” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img