Tuanku Muhriz tarik balik dua darjah kebesaran kepada Rais Yatim

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Penarikan balik itu melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) yang dikurniakan pada 2001 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) yang dikurniakan pada 1979.

“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan Pejabat Pendaftar Darjah Negeri Sembilan dan ditandatangani oleh Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim bertarikh 30 Julai 2026.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img