Remaja maut ketika dalam perjalanan ke RXZ Members

HASRAT seorang remaja untuk menyertai Program RXZ Members di Terengganu tidak kesampaian apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dilanggar sebuah kereta di Kilometer 112, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), di Temerloh, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Zulhairi Azhar Mohd. Shahrizan, 19, yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dilaporkan dalam perjalanan dari Klang menuju ke program RXZ Members di Kuala Nerus ketika kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas.

“Akibatnya, motosikal mangsa terjatuh di lorong kiri jalan, manakala mangsa tercampak ke lorong kanan.

“Pada masa sama, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa sebelum dia tercampak ke bahu jalan di lorong kiri,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal ditunggangnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img