Irmohizam terima Anugerah Kepimpinan Perniagaan Bertaraf Dunia

PENGARAH Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menerima World Outstanding Business Leadership Excellence Award 2026 daripada World Business Chamber (WBC) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama perniagaan antarabangsa serta memajukan industri acara perniagaan Malaysia.

Anugerah khas itu disampaikan sempena Majlis Makan Malam Perasmian WBC di Kuala Lumpur semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali Rustam selaku tetamu kehormat, dan turut dihadiri Penaung Kehormat KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI), Tun Dr. Zaki Tun Azmi, Presiden WBC Tan Sri Michael Yeoh serta pemimpin industri dari pelbagai negara.

Menurut kenyataan WTCKL, pengiktirafan itu diberikan atas kepimpinan Irmohizam dalam mengukuhkan hubungan perniagaan antarabangsa serta memacu pertumbuhan industri acara perniagaan negara.> “Saya amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini. Ia bukan sahaja mencerminkan perjalanan kepimpinan saya, malah dedikasi seluruh pasukan WTCKL dalam memacu kejayaan organisasi,” katanya.

Beliau berkata, WTCKL akan terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan meningkatkan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi acara perniagaan bertaraf dunia.

Di bawah kepimpinan Irmohizam, WTCKL berkembang sebagai antara pusat konvensyen dan pameran terkemuka di rantau ini.

Awal tahun ini, WTCKL turut menerima ASEAN Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) Venue Award bagi kategori Exhibition Venue untuk tempoh 2026 hingga 2028 yang diumumkan di Cebu, Filipina.

Selain menerajui WTCKL, Irmohizam juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, sekali gus memainkan peranan memperkukuh hubungan WTCKL dengan rangkaian lebih 300 World Trade Centers di hampir 100 negara dan wilayah.

World Business Chamber (WBC) ialah platform global yang mempromosikan amalan perniagaan bertanggungjawab, kerjasama strategik dan pembangunan mampan dengan menghimpunkan pemimpin perniagaan, usahawan, pembuat dasar serta ahli akademik dari seluruh dunia.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img