Kehilangan 3 beranak mungkin berkait hutang main kutu – Polis

BERHUTANG akibat bermain kutu dipercayai punca tiga beranak dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim memberitahu, polis tidak menafikan kemungkinan itu dan setakat ini, pihaknya menerima satu laporan daripada individu dikatakan mangsa terbabit permainan kutu itu, terhadap si isteri berkenaan.

Beliau berkata, sehingga kini pasangan suami isteri bersama seorang anak mereka itu masih gagal dikesan.

Selain itu, beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada pergerakan mereka ke luar negara dikesan setakat ini.

“Siasatan masih diteruskan sebagai ‘orang hilang’ dan polis meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya ternampak mereka.

“Siasatan dijalankan dari segala sudut, termasuk kemungkinan mereka menjadi mangsa perlakuan jenayah atau kemalangan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor BH.

Media semalam melaporkan tiga beranak terbabit hilang dan gagal dihubungi selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas sejak 20 Julai lalu.

Susulan itu, bapa wanita terbabit yang berusia 62 tahun membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam semalam, selepas gagal mengesan anak perempuan, menantu serta cucunya itu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img