Salahgunakan kuasa proses beli saham : Bekas CFO Tabung Haji dirakam percakapan

BEKAS Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun yang disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk dirakam percakapan.

Wanita berusia 60 tahun itu tiba dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam pada 11.40 pagi.

Difahamkan wanita berkenaan merupakan individu ketiga yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji itu.

Semalam, SPRM menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat milik badan berkanun yang disyaki telah menyalah guna kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek berumur 68 tahun itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 6.30 petang semalam.

Bagaimanapun, individu itu dibebaskan pada malam hari yang sama atas faktor kesihatan dan diarahkan hadir semula hari ini bagi menyambung rakaman percakapan.

Tangkapan itu susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas.

Sebelum ini media melaporkan penahanan seorang pengarah syarikat reka bentuk kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) badan berkanun bernilai kira-kira RM300,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek ubah suai di badan berkanun tersebut.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu direman dua hari hingga hari ini.

Siasatan awal SPRM mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2014 hingga 2018 dan dipercayai memberi rasuah dalam bentuk pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO tersebut yang jumlah keseluruhan bernilai kira-kira RM300,000.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img