Salahgunakan kuasa proses beli saham : Bekas CFO Tabung Haji dirakam percakapan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung rakaman percakapan seorang lelaki merupakan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berlangsung lebih enam jam.

Bagaimanapun hanya bekas CFO yang hadir manakala bekas CEO tidak hadir atas faktor kesihatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan tersebut telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 10.30 pagi.

“Hari ini merupakan hari kedua rakaman percakapan individu ini diambil selepas dibebaskan semalam.

“Rakaman percakapan terhadap individu ini diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung hasil penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan selesai kira-kira jam 5 petang,” katanya.

Tambah beliau, rakaman percakapan akan bersambung untuk hari ketigas esok pukul 10 pagi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here