Anggota penjara direman disyaki minta,terima rasuah kira-kira RM3,000

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah menahan reman seorang anggota penjara kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai dorongan untuk membawa masuk artikel larangan ke dalam penjara.

Perintah reman selama enam hari sehingga 10 Ogos 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu telah ditahan kira-kira jam 11.50 pagi semalam di rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu ketika bertugas di penjara di negeri ini.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah berkenaan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun e-dompet (e-wallet) miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img