Hubungan intim dengan remaja 17 tahun: Lelaki direman tujuh hari

SEORANG lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kegiatan remaja itu terbongkar selepas dia disoal siasat anggota Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada 24 Julai lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati remaja yang sudah berhenti sekolah sejak 2020 itu mengaku menggunakan aplikasi dalam talian untuk mencari pelanggan.

“Remaja itu mengaku berkenalan dengan suspek yang berusia 34 tahun pada awal Jun lalu sebelum kali pertama melakukan hubungan intim dengannya di sebuah hotel di Kangar pada jam 4 pagi, 19 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, remaja terbabit kemudian dibawa ke Pusat Khidmat Bersepadu Sehenti (OSCC) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar pada 27 Julai lalu untuk menjalani pemeriksaan perubatan bagi tujuan pengesahan.

“Bagi menjamin keselamatan serta kelangsungan proses pemulihan, remaja itu kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Tenaganita di Gelugor, Pulau Pinang.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img