Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

TIGA anggota polis maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Weston di Beaufort petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota polis pangkat rendah. Dua daripada mereka berasal dari Kelantan, manakala seorang lagi berasal dari Sibu, Sarawak.

Menurutnya, sepasukan anggotanya kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer dari BBP Beaufort.

Operasi diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK1) Irwan Abdul dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity.

“Setakat ini, maklumat diterima melibatkan anggota polis namun, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi malam ini, lapor Sinar Harian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img